Anira hanya menundukkan kepalanya
dari memandang Amar. Sungguh dia takut untuk memandang apatah lagi hendak bersuara. Takut kalau-kalau lelaki ini mengetahui apa dia telah lakukan
terhadapnya. Anira gelisah menanti Amar yang dari tadi hanya membisu mendiamkan
diri. Mengingatkan Nurul dan Yanie sudah pulang ke rumah membuatkan Anira
mengeluh perlahan. Kalaulah Nurul dengan Yanie ada, tak ada lah aku segabra ni. Monyet ni
pun satu, cakap ja lah apa halnya. Dari tadi asyik diam dah bisu ke apa. Tadi
bukan main kalut siap tarik tangan aku lagi nak jumpa ada hal penting katanya,
nasib baik berlapik dan nasib jugaklah awek cacing dia tu tak nampak. Kalau tak
memang kena serang lah aku..tak padan dengan budak sekolah..!
Tak boleh jadi ni. Sampai bila
nak diam macam ni.Aku nak balik rumah!!…………….. Suara hati Anira menjerit.
“Err….kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu ye..”Anira akhirnya memberanikan diri untuk bersuara setelah tidak betah menunggu. Tak kuasa aku nak bersaya awak, meluat….gumam Anira.
“siapa suruh balik?..berdiri kat
situ.”Suruh Amar. Anira yang baru sahaja ingin melangkah pulang, terpaksa
berdiri kembali di tempatnya tadi.
“Kau nak suruh aku tunggu kat
sini sampai bila..aku nak balik……..” Marah Anira tapi nada suaranya masih lagi perlahan. Mamat poyo dasar monyet la dia ni…
“Tunggu ja lah sampai kau mintak
maaf kat aku…”Ujar Amar selamba siap kunyah gula-gula getah lagi.
Mendengar kata Amar membuatkan
Anira tersentak. Dadanya menjadi berdebar. Takkanlah dia tau kot aku yang buat…'Ish
tak kanlah' fikir Anira.
“Eh, kenapa pulak aku kena mintak maaf…?”Anira berpura-pura bertanya.
“Pisang berangan pisang awak,
sudah tahu buat-buat tanya la pulak.”Jawab Amar siap berpantun. Reaksinya masih
tenang seperti tadi.
Ceh, ingat kau seorang je yang
tahu pantun, meh sini dengar pantun aku pulak….
“Gigi emas gigi palsu, aku tanya sebab tak tahu,”balas Anira tenang..tapi dalam hati, tuhan ja yang tahu.
“Gigi emas gigi palsu, aku tanya sebab tak tahu,”balas Anira tenang..tapi dalam hati, tuhan ja yang tahu.
Nak main pantun-pantun dengan aku
ke minah ni..
“Jari tengah jari hantu, jangan nak main-main dengan aku.”Amar sudah berdiri sambil merenung tajam Anira.
Menyedari dirinya sedang direnung
tajam, membuatkan Anira belagak tenang seperti orang tidak bersalah..Confirm
monyet ni dah tahu, tapi takkan aku nak mengaku pulak…jangan Anira, jangan
mengaku!
“Bunyi kambing embeek bunyi kucing miaauu, tak kuasa aku nak main dengan kau.”
Amar hendak tergelak mendengar
pantun Anira, tetapi cepat-cepat ditahannya. Mengingatkan kejadian awal pagi
tadi membuatkan hati Amar berasa sakit. Penuh gula-gula getah yang telah
dikunyah dibawah mejanya, habis tapak kasutnya terpijak..Paling teruk ialah bahagian
punggung seluarnya juga menjadi mangsa. Memang malu yang teramat bila pelajar
lain mengetawakan dirinya…Tak pasal-pasal PakDan iaitu pemandu keluarganya datang ke sekolah membawa pakaian lain
untuknya. Nasib baik juga untuk Amar apabila bukti orang yang melakukan kerja
tidak bermoral itu ada ditanganya. Faiz terjumpa tanda nama Anira dibawah
kerusinya, terus sahaja dipeluk-peluk rakannya itu..Memang tidak disangka Anira
boleh membuat kerja vandalisme ni.. Mesti nak balas dendam sebab cinta kena
reject, siap kau nanti Anira…
“Okay..straight to the
point….benda ni ada kat bawah kerusi aku, macam mana boleh ada kat situ..dia
jalan sendiri ye.”Ujar Amar menyeluk saku seluar dan menunjukkan sesuatu kepada
Anira.
Membuntang mata Anira melihat apa
yang ditunjukkan Amar.
'Tanda nama aku..!! Kenapa ada kat monyet ni pulak, patutlah
aku cari tak jumpa, takkanlah jatuh time buat kerja tu' Anira
menelan air liurnya. Perasaan cemas dan takut menguasai diri..Bibirnya
diketapkan, tangan kanan memegang tangan kiri. 'Macam mana ni, Nurul dengan
Yanie patut ada kat sini jugak..diorang pun terlibat…ini tak adil..!' Anira hanya mampu berkata-kata di dalam hati.
Melihat kegelisahan membuatkan
Amar tersenyum..Sah memang kerja dia..fikirnya.
“So, macam mana? still tak nak mengaku?”tanya Amar. Anira hanya berdiam tidak menjawab soalan Amar.
“So, macam mana? still tak nak mengaku?”tanya Amar. Anira hanya berdiam tidak menjawab soalan Amar.
Amar memandang tanda nama Anira.
“Nur Anira Najwa.”Sebaris nama itu disebut.
“Nur Anira Najwa.”Sebaris nama itu disebut.
Anira masih berdiam diri dan
bermain dengan jari tangannya, tidak mampu untuk memandang Amar…Sungguh dia
takut.
“Aku tahu kau yang buat semua
kerja tu..sekarang ni, aku nak kau ulang balik apa yang aku nak cakap
ni..okay.” Suara Amar kedengaran perlahan tetapi tegas. Anira hanya berdiri kaku. Mengangguk
tidak, menggeleng pun tidak.
“Aku Nur Anira Najwa mintak maaf
banyak sebanyak banyaknya di atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap
jejaka hensem iaitu Amar Wazil…” Beritahu Amar. Anira yang mendengar tersentak..
Jejaka hensem konon, memang hensem pun..
Melihat Anira yang hanya senyap
memanjang membuatkan Amar sedikit berang. Lantas ditariknya hujung tudung gadis
itu menyebabkan kepala Anira tertarik kebelakang. Perbuatan itu membuatkan
Anira marah dan menjeling tajam Amar. Amboi..suka hati dia je nak tarik-tarik
tudung orang.
“Apa jeling-jeling..cepat, jangan
buang masa aku..mintak maaf lekas..”Suruh Amar.
Anira mengetap bibir.. 'Ish, apa
aku nak buat ni..takkanlah semudah tu aku nak mintak maaf. Dia tak mintak maaf
pun pasal rendahkan aku. Tak. Aku takkan mintak maaf..!
“Kau ni sempat berangan lagi..aku
tengah tunggu ni kan.” Marah Amar. Dia berjalan mendekati Anira dan berdiri
memeluk tubuh dihadapan gadis itu.
“Okay…aku buat apa yang kau
suruh…” Ujar Anira.
Mendengar kata Anira membuatkan Amar
tersenyum lebar. Hahaha..akhirnya…ketawa Amar di dalam hati. “Kau ulang apa
yang aku cakap tadi okay…” Suruh Amar.
Anira menganggukkan kepalanya dan
tersenyum penuh makna.
“Amar..Aku..Aku..Balik dulu!!!”Jerit Anira serentak dengan itu kaki Amar dipijak sekuatnya. Anira terus berlari selaju-lajunya meninggalkan Amar yang sedang tertunduk menahan kesakitan. Suara Amar yang menjerit namanya tidak dihiraukan. 'Padan muka kau Amar…'
“Amar..Aku..Aku..Balik dulu!!!”Jerit Anira serentak dengan itu kaki Amar dipijak sekuatnya. Anira terus berlari selaju-lajunya meninggalkan Amar yang sedang tertunduk menahan kesakitan. Suara Amar yang menjerit namanya tidak dihiraukan. 'Padan muka kau Amar…'
‘Tak guna…Aku kena tipu’ Marah
Amar sambil menahan sakit..
………………
Bait-bait lagu Geisha ‘Benci dan
Cinta’ meniti di bibir Anira. Sambil mengayuh basikal, kepalanya digerak kekiri
kekanan mengikut rentak nyanyiannya. Jam begini sepatutnya dia sudah berada di
rumah, jarak rumah ke sekolahnya tidaklah jauh mana. Mengingatkan perbuatan
Amar tadi menyebabkan dia lewat untuk sampai ke rumah.
"Hahahaha..padan muka
kaki kena pijak..siapa suruh paksa-paksa..tapi mesti kaki dia sakit, kuat tadi
aku pijak..erm, kesian pulak kat jejaka pujaan aku tu..ish, pedulikanlah.."
"Ish, Yanie dengan Nurul dah balik dulu, aku ikut
jalan shortcut ni lah..cepat sikit sampai rumah." Bebelnya lagi sendirian.
“Sungguh aku tak bisa..sampai
kapan pun tak…” Nyanyian Anira terhenti, kayuhannya juga dihentikan. Dia
melihat dua orang lelaki sedang menahan kereta mewah BMW jenis apa dia tidak
tahu..Anira melihat seorang wanita lingkungan 40-an baya mamanya sedang
merayu-rayu minta dilepaskan. 'Ini mesti nak merompak' fikir Anira.
Anira menuntun basikalnya dan
menyorokkan dirinya di belakang pokok pisang takut kedua lelaki tadi dapat
mengesan kehadirannya. Menyesal pulak ikut jalan ni, tahu tadi ikut jalan biasa
ja..mesti mama dengan abah risau aku balik lambat..keluhnya panjang.
Anira
terhendap-hendap melihat dua lelaki
sedang memeras ugut wanita tadi. ‘Selekeh..mesti penagih’ fikirnya lagi..Anira
berasa bimbang akan keselamatan wanita itu dan mahu sahaja dia menolong tetapi
memikirkan dirinya yang tiada asas mempertahankan diri terpaksa dia berdiam sahaja.
Tiba-tiba betisnya terasa sejuk
membuatkan bulu romanya meremang. Anira memerhati kawasan sekelilingnya yang
penuh dengan semak lalang. Pacat..!!Akalnya berfikir pantas. Anira memang sangat geli
dan takut dengan spesies itu lebih-lebih lagi lintah..eeeii!! Anira lupa
seketika tentang dua lelaki yang cuba merompak wanita tadi kerana dalam fikirannya
sekarang memikirkan betisnya yang mungkin dihisap pacat.
Perlahan-lahan Anira
menyelak kain sekolahnya dan terus darahnya menyerbu…
“Aaaa…aaaa…aaaa..aaaa!!!”Anira bingkas
bangun dari tempat sembunyi dan mengibas-ngibas kain sekolahnya untuk membuang
pacat dibetisnya sambil terjerit seperti orang terkena hysteria. Sememangnya
dia sudah lupa langsung tentang keadaan sekelilingnya.
“Aaaa..pacat..pacat..jangan hisap aku…..aaaa..!!!Jeritnya lagi. Kainnya
dikibas-kibas, sekejap melompat-lompat. Kakinya dihentak-hentak ke atas jalan raya. Mukanya pula seperti sedang menahan
nangis.
“Eh, dah tak ada..jatuh mana
pacat tadi?”tanyanya sendiri sambil matanya melilau mencari pacat yang tadi
menghisap betisnya.
'Fuhhh.' Anira menarik nafas lega setelah memastikan binatang
tadi tiada.
“Cis tak guna punya pacat..! Apalah kau ni Anira, spesis kecik
macam tu pun kau takut..lainlah ular ke rimau ke.” Ujarnya kemudian ketawa sendiri seperti orang sakit mental langsung tidak
menyedari dirinya sedang diperhatikan.
Tawa Anira terhenti apabila dia
mendengar suara lelaki berdehem. Lantas ditoleh kepalanya kebelakang. Terkejut
beruk monyet kucing semua ada apabila dirinya sedang diperhatikan oleh dua
orang lelaki dan juga wanita tadi. 'Aduhai..macam mana boleh tak perasan ni..ni
semua salah pacat tadi, kalau tak dihisapnya betis aku mesti tak kantoi' Anira
menyalahkan pacat pula.
Anira mengangkat tangannya dan
melambai kedua lelaki tadi. Menyedari perbuatannya, pantas dijatuhkan
tangannya. Peluhnya mulai menitik melihat seorang dari lelaki tadi berjalan
menuju kearahnya dengan senyuman yang sukar diertikan seperti orang jahat pun
ada. Eh, nama pun nak merompak mestilah orang jahat. Adui..apa aku nak buat ni,matilah
aku..keluhnya..
‘Ya Allah bantulah hambamu ni Ya
Allah..Bantulah aku Ya Allah..Aku dalam kesusahanYa Allah..bantulah aku…apa aku
nak buat ni..’Anira tidak henti berdoa
didalam hati..
Sesungguhnya memang sangat cemas dan takut dia ketika
ini. Dipandangnya kiri kanan semak belukar..ditolehnya belakang, kosong!
Dihadapan, lelaki tadi semakin hampir. Mana orang ni..takkan tak ada yang nak
lalu jalan ni..fikirnya. Dahinya memang sudah dibasahi dengan peluh..memang
rasa nak menangis meraung je. 'Mama abah tolong Nira takut..'
“Hello hello..Tak sangka lauk
bertambah hari ni..Syukur..Syukur.” Anira melihat lelaki selekeh ini
hanya tersenyum sambil mengangkatkan keningnya.
“Kau nak apa?” Tanya Anira.
“Hahahaha….” Ketawanya yang kuat
membuatkan rakannya yang sedang memegang wanita tadi turut ketawa.
“Soalan
yang sangat aku suka..”katanya. Anira memandang hairan lelaki tadi.
“Kau bagilah apa yang kau ada..Yang penting aku nak duit..Kau pun tahukan zaman sekarang ni, semua nak guna duit..hahahahaha..”Ujarnya sambil ketawa. '
'Ingat lucu ke..!!' Jerit Anira hanya di dalam hati.
Mendengar katanya aku terus
menyeluk saku baju sekolahku..Kosong! Perasaan takut dan cemas semakin menguasai diri Anira.
'Tak
Anira..kau kena buang rasa takut tu..! Lawan balik lelaki-lelaki yang
menyusahkan ni..Senang-lenang je diaorang nak mintak duit kan..Ingat Abah kau
kat rumah tu yang susah payah cari duit..!' Mendengar suara hatinya membuatkan
Anira sedikit berani..
Dia memandang lelaki dihadapanya tidak memegang sebarang
objek yang berbahaya.. Fikirannya terus ligat mencari akal untuk melarikan
diri bersama wanita tadi.. Ha! Anira tersenyum.
Giliran lelaki selekeh tadi pula
yang memandangnya hairan.
“Kau nak duitkan…aku tak boleh bagi sebab aku tak duit, tapi..”percakapan Anira dipotong.
“Tapi apa?”tanya lelaki itu tidak
sabar.
“Ish,,bagilah aku habis cakap
dulu. Macam ni, kau dua orang nak peras ugut makcik kaya tu kan. Aku boleh
tolong korang. Aku tolong pujuk makcik kaya tu sampai dia bagi duit, macammana
okay?” Aku menipu lelaki tadi. Mintak-mintak lelaki ni jawab okay.
Lelaki tadi memandang aku sambil
mengusap –usap kumisnya yang tak bercukur..
“Okay…Tapi macam mana kau nak buat, jangan – jangan kau nak menipu tak.”Teka lelaki selekeh itu tepat.
“Okay…Tapi macam mana kau nak buat, jangan – jangan kau nak menipu tak.”Teka lelaki selekeh itu tepat.
“Betullah, buat apa aku nak
tipu. Tipu tu dosa tahu tak. Meh sini aku nak bagitahu, dengan makcik-makcik ni
kita kena guna kelembutan tau..” Terang aku.. ' Ya Allah, Aku
terpaksa menipu…'
“Oooo..”Lelaki tadi mengangguk
tanda faham.. Perbuatannya membuatkan Anira hampir hendak ketawa..Perompak yang
bendul rupannya..
Kami berjalan menuju kearah
wanita tadi.. Melihat air muka wanita itu yang jelas meminta pertolongan
dariku.. Makcik sabar ya..
“Korang tunggu kat luar.. Biar aku
yang uruskan.. Bagi makcik tu masuk dalam kereta..” Aku memberi arahan kepada
dua lelaki selekeh ini.
Lelaki tadi hanya mengangguk
kepalanya.. “Jangan cuba nak tipu kami..kalau tak kena kau..” Ugut lelaki yang
disebelahnya.. Aku hanya tersenyum berpura - pura mengerti.
Selepas masuk kedalam kereta.. Aku
memulakan tindakan yang seterusnya.. Aku menyuruh wanita ini mengunci pintu
kereta tanpa disedari dua lelaki selekeh tadi.. Aku menceritakan rancangan yang
sudah aku rancang kepada tadi ini dengan gaya seperti sedang memujuk..Wanita
ini berpura –pura mengambil beg tangannya. Aku lihat dua lelaki tadi sedang tersenyum-senyum
sambil menunjukkan tanda bagus lagi.
“Makcik dah
sedia?” Tanyaku..Wanita disebelahku ini menganggukkan kepalanya..
“Okay..satu..dua..tiga!!”Jeritku..
Enjin kereta dihidupkan, gear ditukar ke nombor satu, nasib baik auto.. Kakinya terus pantas menekan minyak.. Kereta BMW yang aku naiki bersama wanita tadi terus sahaja laju bergerak meninggalkan dua lelaki tadi yang kulihat tergamam melihat kami melarikan diri.
“Laju lagi
makcik,,laju!!”Jeritku. Makcik disebelahku menambahkan lagi kelajuan keretanya
sehingga kedua lelaki tadi sudah tidak kelihatan lagi.
“Alhamdulillah.. kita dah selamat
makcik..”Aku menarik nafas lega sambil meraup muka tanda syukur.
“Terima kasih sebab selamatkan makcik. Kalau
tak ada kamu tadi tak tahu la nasib makcik macam mana..” Tanganku digengam erat.
“Saya pun kebetulan lalu jalan tu tadi makcik..” Ujar Anira sambil membalas
genggaman tangannya.
“Makcik tak tahu nak balas jasa
kamu macam mana. Kamu dah selamatkan nyawa makcik. Apa-apa pun boleh terjadi
tadi..” Ujarnya. Suaranya kedengaran serak dan sebak mungkin trauma dengan apa
yang berlaku tadi.
“Saya tak perlu balasan apa-apa
makcik. Dapat larikan diri ni pun dah cukup bersyukur sangat..” Terang Anira. Memang tiada sebarang balasan yang aku mahukan. Anira bersyukur
sangat kerana dapat menyelamatkan dirinya dan juga makcik tadi dari dua lelaki yang tidak berguna dan menyusahkan orang
saje. Kes seperti rogol dan bunuh terbayang-bayang di minda Anira.. 'Terima Kasih Ya Allah'
“Mana boleh macam tu. Erm, makcik nak panggil kamu dengan nama apa
ya?”tanyanya.
“Nur Anira Najwa,
tapi makcik panggil je Anira."
“Rumah Anira kat mana?Jom makcik
hantarkan.”Pelawanya.
“Tak jauh dari masjid depan
tu. Nanti saya tunjukkan. Terima kasih makcik nak hantarkan saya
pulang..” Tiba-tiba Anira teringat basikalnya yang ditinggalkan di tempat
tadi. Mesti dah kena kebas dengan lelaki-lelaki jahat tu..
'Tak apalah
Anira, yang penting dah selamat.' Anira menarik nafas lega.
3 uda xpun dara:
Cereka yang menarik!!!
1st komen..tq
nak lagi....
Post a Comment