19 Jun 2012

Mase menaip da pukul 7.51 mlm.. maknanye lagi 2 jam nak balik..balik mane?balik rumah la..
lambatnye la..da busan duk kat butik Nona Manis ni.customer da la xramai.hari isnin memang cenggitu.
Kalo mai shah alam singgah la PKNS ye,,pastu teruih pi butik Nona Manis.Memang manis-manis belaka baju2nye..Staffnye lagi manis, kuikui..hari2 kat Nona Manis tergugat kut.Tengok baju2nye sampai merah mata xberkedip.Ni lagi stok baru da mai, untuk raye..kene bawak eyemore pi keje.
 Ni satgi pukul 9 nak balik, kene singgah kedai beli sheltox, nak bunuh nyamuk2 kat rumah tu.Bangun pagi je mesti ade darah kat tangan+kaki+pipi..takkan de vampire hensem kut..eh,vampire bukan gigit leher ke.. part situ jugak nak dihisapye darah.
Azzahra ku,,bile nak dtg shah alam lg..
Ade aku kesah jawabye..sobsob

17 Jun 2012

Cinta Kau Sahaja 4


Anira hanya menundukkan kepalanya dari memandang Amar. Sungguh dia takut untuk memandang apatah lagi hendak bersuara. Takut kalau-kalau lelaki ini mengetahui apa dia telah lakukan terhadapnya. Anira gelisah menanti Amar yang dari tadi hanya membisu mendiamkan diri. Mengingatkan Nurul dan Yanie sudah pulang ke rumah membuatkan Anira mengeluh perlahan. Kalaulah Nurul dengan Yanie ada, tak ada lah aku segabra ni. Monyet ni pun satu, cakap ja lah apa halnya. Dari tadi asyik diam dah bisu ke apa. Tadi bukan main kalut siap tarik tangan aku lagi nak jumpa ada hal penting katanya, nasib baik berlapik dan nasib jugaklah awek cacing dia tu tak nampak. Kalau tak memang kena serang lah aku..tak padan dengan budak sekolah..!

Tak boleh jadi ni. Sampai bila nak diam macam ni.Aku nak balik rumah!!…………….. Suara hati Anira menjerit.

“Err….kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu ye..”Anira akhirnya memberanikan diri untuk bersuara setelah tidak betah menunggu. Tak kuasa aku nak bersaya awak, meluat….gumam Anira.

“siapa suruh balik?..berdiri kat situ.”Suruh Amar. Anira yang baru sahaja ingin melangkah pulang, terpaksa berdiri kembali di tempatnya tadi.

“Kau nak suruh aku tunggu kat sini sampai bila..aku nak balik……..” Marah Anira tapi nada suaranya masih lagi perlahan. Mamat poyo dasar monyet la dia ni…

“Tunggu ja lah sampai kau mintak maaf kat aku…”Ujar Amar selamba siap kunyah gula-gula getah lagi.
Mendengar kata Amar membuatkan Anira tersentak. Dadanya menjadi berdebar. Takkanlah dia tau kot aku yang buat…'Ish tak kanlah' fikir Anira.

“Eh, kenapa pulak aku kena mintak maaf…?”Anira berpura-pura bertanya.

“Pisang berangan pisang awak, sudah tahu buat-buat tanya la pulak.”Jawab Amar siap berpantun. Reaksinya masih tenang seperti tadi.

Ceh, ingat kau seorang je yang tahu pantun, meh sini dengar pantun aku pulak….
“Gigi emas gigi palsu, aku tanya sebab tak tahu,”balas Anira tenang..tapi dalam hati, tuhan ja yang tahu.

Nak main pantun-pantun dengan aku ke minah ni..

“Jari tengah jari hantu, jangan nak main-main dengan aku.”Amar sudah berdiri sambil merenung tajam Anira.

Menyedari dirinya sedang direnung tajam, membuatkan Anira belagak tenang seperti orang tidak bersalah..Confirm monyet ni dah tahu, tapi takkan aku nak mengaku pulak…jangan Anira, jangan mengaku!

“Bunyi kambing embeek bunyi kucing miaauu, tak kuasa aku nak main dengan kau.”

Amar hendak tergelak mendengar pantun Anira, tetapi cepat-cepat ditahannya. Mengingatkan kejadian awal pagi tadi membuatkan hati Amar berasa sakit. Penuh gula-gula getah yang telah dikunyah dibawah mejanya, habis tapak kasutnya terpijak..Paling teruk ialah bahagian punggung seluarnya juga menjadi mangsa. Memang malu yang teramat bila pelajar lain mengetawakan dirinya…Tak pasal-pasal PakDan iaitu pemandu keluarganya  datang ke sekolah membawa pakaian lain untuknya. Nasib baik juga untuk Amar apabila bukti orang yang melakukan kerja tidak bermoral itu ada ditanganya. Faiz terjumpa tanda nama Anira dibawah kerusinya, terus sahaja dipeluk-peluk rakannya itu..Memang tidak disangka Anira boleh membuat kerja vandalisme ni.. Mesti nak balas dendam sebab cinta kena reject, siap kau nanti Anira…

“Okay..straight to the point….benda ni ada kat bawah kerusi aku, macam mana boleh ada kat situ..dia jalan sendiri ye.”Ujar Amar menyeluk saku seluar dan menunjukkan sesuatu kepada Anira.

Membuntang mata Anira melihat apa yang ditunjukkan Amar.
 'Tanda nama aku..!! Kenapa ada kat monyet ni pulak, patutlah aku cari tak jumpa, takkanlah jatuh time buat kerja tu'  Anira menelan air liurnya. Perasaan cemas dan takut menguasai diri..Bibirnya diketapkan, tangan kanan memegang tangan kiri. 'Macam mana ni, Nurul dengan Yanie patut ada kat sini jugak..diorang pun terlibat…ini tak adil..!' Anira hanya mampu berkata-kata di dalam hati.

Melihat kegelisahan membuatkan Amar tersenyum..Sah memang kerja dia..fikirnya.
“So, macam mana? still tak nak mengaku?”tanya Amar. Anira hanya berdiam tidak menjawab soalan Amar.

Amar memandang tanda nama Anira.
“Nur Anira Najwa.”Sebaris nama itu disebut.

Anira masih berdiam diri dan bermain dengan jari tangannya, tidak mampu untuk memandang Amar…Sungguh dia takut.

“Aku tahu kau yang buat semua kerja tu..sekarang ni, aku nak kau ulang balik apa yang aku nak cakap ni..okay.” Suara Amar kedengaran perlahan tetapi tegas. Anira hanya berdiri kaku. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

“Aku Nur Anira Najwa mintak maaf banyak sebanyak banyaknya di atas kesalahan yang telah dilakukan terhadap jejaka hensem iaitu Amar Wazil…” Beritahu Amar. Anira yang mendengar tersentak.. Jejaka hensem konon, memang hensem pun..

Melihat Anira yang hanya senyap memanjang membuatkan Amar sedikit berang. Lantas ditariknya hujung tudung gadis itu menyebabkan kepala Anira tertarik kebelakang. Perbuatan itu membuatkan Anira marah dan menjeling tajam Amar. Amboi..suka hati dia je nak tarik-tarik tudung orang.

“Apa jeling-jeling..cepat, jangan buang masa aku..mintak maaf lekas..”Suruh Amar.

Anira mengetap bibir.. 'Ish, apa aku nak buat ni..takkanlah semudah tu aku nak mintak maaf. Dia tak mintak maaf pun pasal rendahkan aku. Tak. Aku takkan mintak maaf..!

“Kau ni sempat berangan lagi..aku tengah tunggu ni kan.” Marah Amar. Dia berjalan mendekati Anira dan berdiri memeluk tubuh dihadapan gadis itu.

“Okay…aku buat apa yang kau suruh…” Ujar Anira.

Mendengar kata Anira membuatkan Amar tersenyum lebar. Hahaha..akhirnya…ketawa Amar di dalam hati. “Kau ulang apa yang aku cakap tadi okay…” Suruh Amar.
 
Anira menganggukkan kepalanya dan tersenyum penuh makna.
“Amar..Aku..Aku..Balik dulu!!!”Jerit Anira serentak dengan itu kaki Amar dipijak sekuatnya.  Anira terus berlari selaju-lajunya meninggalkan Amar yang sedang tertunduk menahan kesakitan. Suara Amar yang menjerit namanya tidak dihiraukan. 'Padan muka kau Amar…'

‘Tak guna…Aku kena tipu’ Marah Amar sambil menahan sakit..
………………
Bait-bait lagu Geisha ‘Benci dan Cinta’ meniti di bibir Anira. Sambil mengayuh basikal, kepalanya digerak kekiri kekanan mengikut rentak nyanyiannya. Jam begini sepatutnya dia sudah berada di rumah, jarak rumah ke sekolahnya tidaklah jauh mana. Mengingatkan perbuatan Amar tadi menyebabkan dia lewat untuk sampai ke rumah. 

"Hahahaha..padan muka kaki kena pijak..siapa suruh paksa-paksa..tapi mesti kaki dia sakit, kuat tadi aku pijak..erm, kesian pulak kat jejaka pujaan aku tu..ish, pedulikanlah.."

"Ish, Yanie dengan Nurul dah balik dulu, aku ikut jalan shortcut ni lah..cepat sikit sampai rumah." Bebelnya lagi sendirian.

“Sungguh aku tak bisa..sampai kapan pun tak…” Nyanyian Anira terhenti, kayuhannya juga dihentikan. Dia melihat dua orang lelaki sedang menahan kereta mewah BMW jenis apa dia tidak tahu..Anira melihat seorang wanita lingkungan 40-an baya mamanya sedang merayu-rayu minta dilepaskan. 'Ini mesti nak merompak' fikir Anira.

Anira menuntun basikalnya dan menyorokkan dirinya di belakang pokok pisang takut kedua lelaki tadi dapat mengesan kehadirannya. Menyesal pulak ikut jalan ni, tahu tadi ikut jalan biasa ja..mesti mama dengan abah risau aku balik lambat..keluhnya panjang. 

Anira terhendap-hendap melihat dua lelaki  sedang memeras ugut wanita tadi. ‘Selekeh..mesti penagih’ fikirnya lagi..Anira berasa bimbang akan keselamatan wanita itu dan mahu sahaja dia menolong tetapi memikirkan dirinya yang tiada asas mempertahankan diri terpaksa dia berdiam sahaja.

Tiba-tiba betisnya terasa sejuk membuatkan bulu romanya meremang. Anira memerhati kawasan sekelilingnya yang penuh dengan semak lalang. Pacat..!!Akalnya berfikir pantas. Anira memang sangat geli dan takut dengan spesies itu lebih-lebih lagi lintah..eeeii!! Anira lupa seketika tentang dua lelaki yang cuba merompak wanita tadi kerana dalam fikirannya sekarang memikirkan betisnya yang mungkin dihisap pacat. 

Perlahan-lahan Anira menyelak kain sekolahnya dan terus darahnya menyerbu…

“Aaaa…aaaa…aaaa..aaaa!!!”Anira bingkas bangun dari tempat sembunyi dan mengibas-ngibas kain sekolahnya untuk membuang pacat dibetisnya sambil terjerit seperti orang terkena hysteria. Sememangnya dia sudah lupa langsung tentang keadaan sekelilingnya. 

“Aaaa..pacat..pacat..jangan hisap aku…..aaaa..!!!Jeritnya lagi. Kainnya dikibas-kibas, sekejap melompat-lompat. Kakinya dihentak-hentak ke atas jalan raya. Mukanya pula seperti sedang menahan nangis.

“Eh, dah tak ada..jatuh mana pacat tadi?”tanyanya sendiri sambil matanya melilau mencari pacat yang tadi menghisap betisnya. 

'Fuhhh.' Anira menarik nafas lega setelah memastikan binatang tadi tiada. 
“Cis tak guna punya pacat..! Apalah kau ni Anira, spesis kecik macam tu pun kau takut..lainlah ular ke rimau ke.” Ujarnya kemudian  ketawa sendiri  seperti orang sakit mental langsung tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan.

Tawa Anira terhenti apabila dia mendengar suara lelaki berdehem. Lantas ditoleh kepalanya kebelakang. Terkejut beruk monyet kucing semua ada apabila dirinya sedang diperhatikan oleh dua orang lelaki dan juga wanita tadi. 'Aduhai..macam mana boleh tak perasan ni..ni semua salah pacat tadi, kalau tak dihisapnya betis aku mesti tak kantoi' Anira menyalahkan pacat pula.

Anira mengangkat tangannya dan melambai kedua lelaki tadi. Menyedari perbuatannya, pantas dijatuhkan tangannya. Peluhnya mulai menitik melihat seorang dari lelaki tadi berjalan menuju kearahnya dengan senyuman yang sukar diertikan seperti orang jahat pun ada. Eh, nama pun nak merompak mestilah orang jahat. Adui..apa aku nak buat ni,matilah aku..keluhnya..

‘Ya Allah bantulah hambamu ni Ya Allah..Bantulah aku Ya Allah..Aku dalam kesusahanYa Allah..bantulah aku…apa aku nak buat ni..’Anira tidak henti  berdoa didalam hati..

Sesungguhnya memang sangat cemas dan takut dia ketika ini. Dipandangnya kiri kanan semak belukar..ditolehnya belakang, kosong! Dihadapan, lelaki tadi semakin hampir. Mana orang ni..takkan tak ada yang nak lalu jalan ni..fikirnya. Dahinya memang sudah dibasahi dengan peluh..memang rasa nak menangis meraung je. 'Mama abah tolong Nira takut..'

“Hello hello..Tak sangka lauk bertambah hari ni..Syukur..Syukur.” Anira melihat lelaki selekeh ini hanya tersenyum sambil mengangkatkan keningnya.

“Kau nak apa?” Tanya Anira.

“Hahahaha….” Ketawanya yang kuat membuatkan rakannya yang sedang memegang wanita tadi turut ketawa.

“Soalan yang sangat aku suka..”katanya. Anira memandang hairan lelaki tadi.

“Kau bagilah apa yang kau ada..Yang penting aku nak duit..Kau pun tahukan zaman sekarang ni, semua nak guna duit..hahahahaha..”Ujarnya sambil ketawa. '

'Ingat lucu ke..!!' Jerit Anira hanya di dalam hati.

Mendengar katanya aku terus menyeluk saku baju sekolahku..Kosong! Perasaan takut  dan cemas semakin menguasai diri Anira.

'Tak Anira..kau kena buang rasa takut tu..! Lawan balik lelaki-lelaki yang menyusahkan ni..Senang-lenang je diaorang nak mintak duit kan..Ingat Abah kau kat rumah tu yang susah payah cari duit..!' Mendengar suara hatinya membuatkan Anira sedikit berani.. 

Dia memandang lelaki dihadapanya tidak memegang sebarang objek yang berbahaya.. Fikirannya terus ligat  mencari akal untuk melarikan diri bersama wanita tadi.. Ha! Anira tersenyum.
Giliran lelaki selekeh tadi pula yang memandangnya hairan.

“Kau nak duitkan…aku tak boleh bagi sebab aku tak duit, tapi..”percakapan Anira dipotong.

“Tapi apa?”tanya lelaki itu tidak sabar.

“Ish,,bagilah aku habis cakap dulu. Macam ni, kau dua orang nak peras ugut makcik kaya tu kan. Aku boleh tolong korang. Aku tolong pujuk makcik kaya tu sampai dia bagi duit, macammana okay?” Aku menipu lelaki tadi. Mintak-mintak lelaki ni jawab okay.

Lelaki tadi memandang aku sambil mengusap –usap kumisnya yang  tak bercukur..
“Okay…Tapi macam mana kau nak buat, jangan – jangan kau nak menipu tak.”Teka lelaki selekeh itu  tepat.

“Betullah, buat apa aku nak tipu. Tipu tu dosa tahu tak. Meh sini aku nak bagitahu, dengan makcik-makcik ni kita kena guna kelembutan tau..” Terang aku.. ' Ya Allah, Aku terpaksa menipu…'

“Oooo..”Lelaki tadi mengangguk tanda faham.. Perbuatannya membuatkan Anira hampir hendak ketawa..Perompak yang bendul rupannya..

Kami berjalan menuju kearah wanita tadi.. Melihat air muka wanita itu yang jelas meminta pertolongan dariku.. Makcik sabar ya..
“Korang tunggu kat luar.. Biar aku yang uruskan.. Bagi makcik tu masuk dalam kereta..” Aku memberi arahan kepada dua lelaki selekeh ini.

Lelaki tadi hanya mengangguk kepalanya.. “Jangan cuba nak tipu kami..kalau tak kena kau..” Ugut lelaki yang disebelahnya.. Aku hanya tersenyum berpura - pura mengerti.

Selepas masuk kedalam kereta.. Aku memulakan tindakan yang seterusnya.. Aku menyuruh wanita ini mengunci pintu kereta tanpa disedari dua lelaki selekeh tadi.. Aku menceritakan rancangan yang sudah aku rancang kepada tadi ini dengan gaya seperti sedang memujuk..Wanita ini berpura –pura mengambil beg tangannya. Aku lihat dua lelaki tadi sedang tersenyum-senyum sambil menunjukkan tanda bagus lagi.

“Makcik dah sedia?” Tanyaku..Wanita disebelahku ini menganggukkan kepalanya..

“Okay..satu..dua..tiga!!”Jeritku..

Enjin kereta  dihidupkan, gear ditukar ke nombor satu, nasib baik auto.. Kakinya terus pantas menekan minyak.. Kereta BMW yang aku naiki bersama wanita tadi terus sahaja laju bergerak meninggalkan dua lelaki tadi yang kulihat tergamam melihat kami melarikan diri.

“Laju lagi makcik,,laju!!”Jeritku. Makcik disebelahku menambahkan lagi kelajuan keretanya sehingga kedua lelaki tadi sudah tidak kelihatan lagi.

“Alhamdulillah.. kita dah selamat makcik..”Aku menarik nafas lega sambil meraup muka tanda syukur.

“Terima kasih sebab selamatkan makcik. Kalau tak ada kamu tadi tak tahu la nasib makcik macam mana..” Tanganku digengam erat.

 “Saya pun kebetulan lalu jalan tu tadi makcik..” Ujar Anira sambil membalas genggaman tangannya.

“Makcik tak tahu nak balas jasa kamu macam mana. Kamu dah selamatkan nyawa makcik. Apa-apa pun boleh terjadi tadi..” Ujarnya. Suaranya kedengaran serak dan sebak mungkin trauma dengan apa yang berlaku tadi. 

“Saya tak perlu balasan apa-apa makcik. Dapat larikan diri ni pun dah cukup bersyukur sangat..” Terang Anira. Memang tiada sebarang balasan yang aku mahukan. Anira bersyukur sangat kerana dapat menyelamatkan dirinya dan juga makcik tadi dari dua lelaki  yang tidak berguna dan menyusahkan orang saje. Kes seperti rogol dan bunuh terbayang-bayang di minda Anira.. 'Terima Kasih Ya Allah'

“Mana boleh macam tu. Erm, makcik nak panggil kamu dengan nama apa ya?”tanyanya.

“Nur Anira Najwa, tapi makcik panggil je Anira."

“Rumah Anira kat mana?Jom makcik hantarkan.”Pelawanya.

“Tak jauh dari masjid depan tu. Nanti saya tunjukkan. Terima kasih makcik nak hantarkan saya pulang..” Tiba-tiba Anira teringat  basikalnya yang ditinggalkan di tempat tadi. Mesti dah kena kebas dengan lelaki-lelaki jahat tu.. 

'Tak apalah Anira, yang penting dah selamat.' Anira menarik nafas lega.