Cinta Kau Sahaja 1
“Anira tahu tak yang jejaka pujaan Nira dah ada girlfriend?”tanya Yanie.
“Tahu ja.”Anira menjawab pertanyaan Yanie dengan selamba memasukkan sudu yang berisi nasi ke dalam mulutnya.
Yanie membesarkan mata sebaik mendengar jawapan Anira.”Ni yang malas nak cakap dengan Nira. Cuba serius sikit bila bercakap ke apa, asyik dengan gaya selamba dia tu ja”.
“Yan,kau tak payah cakap apa-apa pasal jejaka idaman dia. Buat sakit hati kita ja…”.Nurul yang di sebelah mencelah dengan gaya seperti orang merajuk.
“Okay wahai tuan puteri-puteri yang cantik serta menawan lagi bijaksana. Patik sedia menadah telinga untuk mendengarnya…”kata Anira dengan gaya tidak ubah seperti seorang dayang istana sambil matanya terkedip-kedip.
Suasana di kantin tiba-tiba bingit dengan gelak ketawa Yanie dan Nurul yang geli hati dengan gaya yang dibuat oleh Anira. “Wey korang, gelak tu biarlah sopan. Cover sikit depan orang ramai ni,”kata Anira yang malu apabila pelajar lain memandang mereka dengan pandangan pelik.
“Siapa suruh kau buat lawak..”kata Nurul dengan sisa ketawa yang tidak habis lagi. Yanie hanya mengangguk setuju.
“Sudah-sudah. Apa bendanya yang nampak important sangat tu..”Anira sudah malas hendak menunggu.
“Kami nak bagi tahu siapa girlfriend jejaka idaman Nira tu,” kata Yanie sambil menepuk lengan Anira seperti gaya makcik-makcik bergosip.
“Siapa?”soal Anira tidak sabar.
Eh,tadi buat tak endah. Sekarang tak sabar pulak,gumam Yanie di dalam hati.” bagitahu la Nurul…”Yanie menyuruh Nurul pula.
Anira cepat-cepat memusingkan badannya dihadapkan ke Nurul.Matanya tepat merenung Nurul.”Tarik nafas dulu…”Nurul sengaja melengah-lengahkan waktu.
“Oi,cepatla bagitahu..!!”bentak Anira yang jelas tidak sabar.Yanie dan Nurul hanya tersenyum.
“Nur Syakilla bt Harun!”Yanie dan Nurul berkata serentak.
“What..!!?”nama yang disebut oleh Yanie dan Nurul benar-benar membuatkan Anira terkejut.Mata Anira terbeliak manakala mulutnya ternganga apabila mendengar nama yang disebut oleh Yanie dan Nurul.
“Tutup sikit mulut tu Nira….”kedengaran teguran yanie menyedarkan aku akan keadaan itu. Aku pantas mengatup mulut aku. Badan aku masih kaku akibat terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh dua orang sahabatnya. Aku memandang Yanie dan Nurul silih berganti dengan dahi yang dikerut seribu.
Tiba-tiba ketawa Anira meletus membuatkan Yanie dan Nurul memandang antara satu sama lain dengan perasaan hairan.
“Apasal kau gelak pulak ni..?”tanya Nurul pelik melihat Anira yang masih ketawa.
“Entah Nira..sepatutnya dia marah atau kecewa..” Yanie pula menyambung.
“Hahaha..lawak la korang nie..kalau nak April fool aku pun agak-agak lah..bulan Aprilkan dah lepas,”jelas Anira dengan sisa ketawa yang masih ada.
Yanie dan Nurul hanya menggelengkan kepala melihat rakannya yang masih ketawa.
“Banyaklah kau punya April fool..Tak ada masa kitaorang nak buat kerja tak berfaedah tu..nie kisah benar lah!”terang Nurul sambil menepuk dahi Anira. Geram dia melihat sikap Anira yang bersikap tidak serius.
“Adoi..sakitlah,”Anira mengusap-usap dahinya yang kelihatan merah. Nurul yang melihat hanya membuat tanda bagus sahaja.
“Anira, kami tak tipulah..it’s up to you nak percaya ke tak Anira..kami hanya sampaikan ja..”jelas Yanie.
Anira melihat kedua rakannya yang merenung tajam ke arahnya.. ‘Diaorang ni macam serius ja..’gumam hatinya.
“Chop weyh, macam mana korang dapat tau hal ni,”tanya Anira sambil menjungkitkan kedua keningnya.
“Nira, dah heboh tau satu sekolah ni yang Amar tu bercinta dengan si Syakilla gedik tuh,” kata Yanie.
“Tadi masa aku pergi toilet dengan Yanie, kitaorang nampak diaorang tengah date kat tepi dewan,”jelas Nurul.
Melihat Anira yang seperti berfikir, Nurul pantas menyambung…
“So sekarang give up ja la dari terus mengharap.”Mendengar kata Nurul membuatkan Anira mengeluh.
Aku menghempaskan badan di atas katil bagi menghilangkan rasa letih jurusan pulang dari sekolah. Fikiran aku menerawang tentang kata Yanie dan Nurul di sekolah tadi. Nur Syakilla bt Harun, pelajar perempuan yang agak popular reputasinya di kalangan guru serta pelajar lelaki. Syakilla memang famous dengan kecantikan dan kepintaran yang dimiliknya.. Pelajar perempuan terutama tingkatan lima yang sebaya dengan Syakilla memang cukup jelik dan meluat dengan sikap dan gayanya yang terlebih menggedik dan suka menggeletis dengan pelajar lelaki. Macam manalah Amar boleh syok dengan minah gedik ni, gumam hatiku.
“kenapalah si Amar ni rabun sangat sampai boleh bercinta dengan minah gedik tuh.”aku mengeluh perlahan….
Habis tu takkan si Amar tu nak syok kat kau pulak Anira Suhana….hatiku berbicara sendiri..
“Manalah tahu,tiba-tiba terbukak hati Amar tu nakkan aku”.Aku tersenyum sendiri. Sudahlah Nira jangan nak berangan, sedarlah diri kau tu sikit..bagai gagak dengan merak kalau dibandingkan dengan Syakilla…gumam hati aku… “Cis, aku tak adalah buruk sangat macam burung gagak..burung merpati tu okay la jugak…”perlahan aku berkata.
‘Anira….!!!’laungan Puan Raudah membantutkan lamunan Anira.
“Ya ma!”sahut Anira.
“Mari turun makan sekali, abah kamu dah tunggu ni.”Suara ibunya jelas kedengaran di telinganya.
Anira bingkas bangun dari katilnya menuju ke dapur.
“Hai bah..”sapa Anira lemah kepada abahnya yang duduk di ruang makan.
Encik Rahim hanya tersenyum melihat anak perempuannya.
“Anira, hai abah sahaja ke..hai untuk mama mana.”Pn Raudah berpura-pura merajuk.
“Mama ni nak merajuk pula..Okaylah, hai mama ku sayang”Anira berkata sambil memeluk lengan Pn Raudah.
En Rahim yang melihat hanya tersenyum.
“Ha sudah, jangan nak buat drama pula kat sini..perut abah ni da lapar.”Kata En Rahim sambil memegang perutnya.
“Baik, Mari makan.”Baru sahaja hendak menyedok lauk, tangannya di pukul Pn Raudah.
Anira menjungkitkan keningnya ingin tahu sebab di pukul…
“Baca doa dulu”perli Pn Raudah. Anira hanya tersengih melihat mamanya.
……………………………………………………………………
Kelihatan baju Anira kuyup dek air matanya, tudung sudah tidak terurus herotnya, matanya merah dan hidung pula penuh dengan hingus yang meleleh.
“Dah la tu Nira..tak ada gunanya terus nangis macam ni..”pujuk Yanie.
“Betul..buang air mata kau je..”ujar Nurul.
Yanie dan Nurul sedang berusaha memujuk Anira supaya berhenti daripada menangis,
“Dah la tu…malu la kalau orang nampak…”kata Yanie sambil mengusap-usap belakang badan Anira.
“Hie..!macam budak kecik pulak nangis-nangis..”tambah Nurul.
Anira yang duduk pantas bangun merenung tajam kedua sahabatnya.Yanie dan Nurul serba salah melihat keadaan Anira.
“Bi..biarlah macam budak kecik ke apa ke…biar a..aku nangis…”Kata Anira tersekat-sekat. Anira kembali duduk meneruskan tangisannya.
“Kitaorang bukan nak busy body..tapi kitaorang tak nak tengok kau nangis macam ni…”ujar Nurul.
“Habis tu nak tengok aku nangis gaya apa?”Anira mencelah.
Yanie dan Nurul hampir tergelak mendengar soalan Anira.
“Nira, maksud Nurul dia tak nak tengok Nira bazirkan air mata macam ni…padahal Amar pujaan Nira tu tengah bermesra-mesra dengan minah gedik tu,”terang Yanie.
Tangisan Anira kedengaran semakin kuat apabila mendengar kata Yanie.
“Haisy…makin kuat pulak..”keluh Nurul perlahan.Nurul memandang sekeliling mereka. Nasib baik classmate semua pergi rehat, kosonglah kelas ni..gumam hatinya.
“Amar…Amar…”jerit Anira sambil menekam muka dengan kedua tapak tangannya.
Yanie dan Nurul memandang antara satu sama lain dan menjungkit bahu masing-masing.
“Nira..Nira..”keluh Yanie.
“Kita tak lama lagi dah nak exam SPM..kitaorang tengok penyakit kau ni dah makin parah benar la Nira..”ujar Nurul.
“Aku rasa aku tahu apa ubat paling mujarab nak sembuhkan penyakit angau kau ni,”sambung Nurul. Yanie memandang Nurul mengangkat kening ingin tahu.
“Kau bagitahu Amar ja lah yang kau suka sangat-sangat kat dia..habis cerita..”ujar Nurul.
Anira yang mendengar terus berdiri.
“Gila ke apa aku nak bagitahu perasaan aku ni kat dia..!entah-entah belum habis cakap dah kena reject..”Kata Anira sayu.
“Ala Nira, at least mencubakan..manalah tahu Amar pun ada perasaan kat Nira diam-diam..”Yanie pula menyedapkan perasaan Anira.
“Tak mangapalah Yan, Nurul. Aku akan simpan perasaan ni..aku akan terus bersabar…Anira..fighting….!!”Anira berkata semangat sambil mengengam kedua tangannya.
“Banyaklah kau punya fighting….kitaorang ni yang dah penat..”terang Nurul.
“yanie sokong kata-kata Nurul tu.”Yanie mencelah sambil tersengih memandang Anira.
Anira memuncungkan mulutnya membuatkan Yanie dan Nurul tertawa melihat.
“Kau tak payah nak muncungkan mulut macam tu Nira…macam itik betina dah aku tengok…”ujar Nurul yang masih ketawa kecil.
Yanie yang mendengar kata Nurul terus meletus tawanya, manakala muncung Anira makin panjang pula.
“Mentarang betullah korang ni….aku dah lah tengah sedih…”Anira berkata sambil mengelap saki baki air matanya di pipi.
“Ala-ala ciannya, dah lah..layan nangis kau tu sorang-sorang. Jomlah pergi kantin, perut ni dah berbunyi minta di isi dari tadi..”Ajak Nurul sambil mengusap perutnya.
“Perut Yanie pun lapar ni, jomlah Nira kita pergi makan.”Ajak Yanie pula.
“Aku kenyang lagi la, korang pergilah berdua,”ujar Anira perlahan.
“Ala Nira, jangan macam ni..nanti gastrik kau datang baru tahu.”Pujuk Nurul. Yanie menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“Tak lah, korang pergilah.”Suara Anira kedengaran perlahan.
Yanie dan Nurul yang tidak mampu memujuk lalu meninggalkan Anira keseorangan di dalam kelas.
Sakitnya hati aku….gumam hati Anira. Terbayang-bayang di matanya kemesraan yang ditunjukkan oleh Amar dan Syakilla. Semasa melalui kelas Amar untuk pergi ke kantin, Anira terlihat Syakilla sedang berbual mesra bersama dengan orang yang sangat disukainya.Tidak tahan melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Amar dan Syakilla, Anira pantas berlari berpatah balik ke kelasnya meninggalkan Yanie dan Nurul yang terpinga-pinga.
“Ya Allah…kenapa aku harus ada perasaan terhadap Amar…hati ini pedih Ya Allah…..”rintih Anira perlahan.Tanpa disedari, air matanya pantas turun dengan laju.
Hati ini sakit bila melihat Amar bersama dengan perempuan lain…sakit sangat..Mungkin memang tiada jodoh antara aku dan Amar….gumam hatiku…
Hah..terima sajalah hakikat Anira…
‘Hakikat apa? ‘
Amar takkan ada hati pada kau..
‘Mana kau tahu Amar tak ada perasaan kat aku..belum cuba belum tahu..’Anira bermain dengan perasaan sendiri.
Cermin diri dulu Anira…cuba bandingkan diri kau dengan Amar..bagai langit dan bumi…
‘Diam…!’
Bandingkan pula diri kau dengan Syakilla..
‘Aku kata diam..!!’
Anira menjerit didalam hati sambil menekup kedua belah telinganya selepas berperang kata dengan hatinya sendiri….Air matanya kembali gugur…
Aku sedar..Aku memang jauh berbeza jika dibanding dengan Amar yang berasal dari keluarga berada…Malahan, dia merupakan anak kepada Tan Sri..Aku pula, dari keluarga yang sederhana.. Ayah hanya seorang guru pencen yang kini menjadi seorang petani, ibuku pula seorang suri rumah sepenuh masa..tapi, tidak bolehkah aku suka terhadap Amar jika hanya disebabkan oleh hal ini….gumam hatiku..
Mungkin ibu bapanya kisah akan hal ini..Mungkin Syakilla lebih sesuai untuk Amar..Aku juga jauh berbeza dibandingkan dengan Syakila..Syakilla jauh lebih cantik dan pandai daripada aku..Dia lebih disukai oleh ramai lelaki kerana kecantikannya, aku pula bukan tiada lelaki yang menyukai tapi entahlah, Amar seorang sahaja yang berada di hati walaupun dia sedar yang Amar tidak memandang kepadanya..
Mungkin aku perlu berusaha untuk tidak menyukai Amar..aku perlu fokus akan peperiksaan SPM yang yang tidak lama lagi akan tiba yang selama ini aku buat endah tak endah…
Yes..!aku punyai satu rancangan..Jika rancangan ini gagal, aku akan barazam untuk melupakan Amar dari hidupku..Aku tekad untuk meneruskan rancanganku tadi walaupun risikonya agak besar dan boleh memakan diri aku…tapi aku harus mencuba melakukannya….
Anira….fighting…!!jerit aku didalam hati.
Cinta Kau Sahaja 2
“Korang balik dululah…aku ada hal sikit nak buat,”suruh Anira tersengih memandang dua sahabatnya.
“Hal apa tu..macam important sangat ja gayanya..”kata Yanie.
“Ala..adalah..korang balik dulu ya..”suruh Anira sekali lagi.
“Yalah…jomlah Yanie balik..hal apa yang important sangat sampai tak nak bagitahu kat kita..”Nurul berpura-pura merajuk.
“Ala-ala, nak merajuk pulak kat aku..nanti bila-bila aku belanja aiskrim..okeylah aku pergi dulu ya, ”kata Anira pantas meninggalkan Yanie dan Nurul yang terpinga-pinga..
Anira berjalan mundar-mandir di bawah pokok…sekejap berhenti berfikir dan berjalan semula…
“Mana pulak dia ni..takkan dah balik pulak..”rungut Anira memandang jam tanganya sambil bersandar di sebatang pokok. Matanya melilau mencari seseorang yang lama ditunggunya.
Hati Anira menjadi berdebar apabila orang yang ditunggunya muncul bersama rakannya, Faiz.
“Amar……!”panggil Anira kuat.
Langkah Amar tiba-tiba terhenti apabila mendengar namanya dipanggil. Amar melihat Anira sedang melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Dahinya berkerut memandang Anira.
Setahu aku..si Anira ni tak pernah cakap dengan aku..gumam Amar..
“Kenapa?”tanya Amar menjungkitkan kening.
“Sa..saya ada hal si..sikit nak cakap..personal..”ujar Anira gugup.
Amar yang faham akan maksud Anira menyuruh rakannya pulang dahulu.
“Kau balik dululah..aku ada hal sikit..”suruh Amar kepada Faiz.
Faiz yang mendengar kata Amar hanya mengangguk kepala dan berlalu sambil memandang Anira yang jelas kelihatan gelabah.
Setelah melihat rakannya pulang, Ammar pantas menoleh dan memandang tepat ke mata Anira..Perasaan Anira bertukar menjadi semakin gemuruh apabila perasan Amar sedang memandang tepat ke arahnya.
“Hal apa yang nak dicakapkan tadi..nampak penting sangat..sampai tak boleh nak tunggu esok..”perli Amar.
“Tak boleh..saya nak cakap sekarang jugak..”ujar Anira sambil memandang ke bawah tidak berani melihat Amar.
“Dah tu cepat lah cakap..”ujar Amar tidak sabar.
Anira menelan air liur takut untuk meluahkan.
“Se..seb..sebenarnya..sa..sa..saya..”kata Anira terhenti kerana dia tidak cukup kuat untuk melakukannya. Ya Allah, betul ke apa aku buat ni..detik hati Anira sedangkan Amar masih menunggu.
Amar menjadi bosan dengan sikap Anira. ‘Kenapa dengan minah sorang ni’Amar mengeluh.. Anira yang mendengar keluhan Amar pantas menelan air liur sekali lagi..Kelihatan Anira menarik nafas beberapa kali tanpa menghirau Amar yang berada di hadapannya.
Amar tersenyum melihat gelagat Anira.
“Okay..saya dah sedia..”kata Anira memandang Amar.
“Apa dia sayang……”Amar sengaja menggunakan perkataan ‘sayang’untuk menambahkan lagi kegelisahan Anira.
Nafas Anira bagai terhenti apabila perkataan sayang keluar daripada mulut Amar. Anira jelas terkejut dengan situasi ini.
Alangkah indahnya jikalau Amar pujaan hatiku selalu memanggilku dengan gelaran ‘sayang’….Anira mula berangan sedangkan Amar masih lagi menunggunya berbicara.
Berangan pulak minah ni…aku baru guna sayang..belum lagi darling ke, bushuk ke, intan payung ke….Amar tergelak di dalam hati..
“Anira…Anira..”panggil Amar.
Mendengar seperti namanya diseru..Anira pantas berpijak di bumi yang nyata..Dia melihat Amar sedang memandangnya dengan renungan yang tajam.Perasaan malu mula menjalar diri Anira..pipinya terasa membahang.
Macam mana aku boleh berangan tadi..hisy..memalukan..gumam Anira..
“Kalau tak ada apa-apa yang nak dibagitahu..aku balik dululah ya..”Amar pantas memalingkan badannya membelakangi Anira..
Melihat Amar yang ingin pulang, Anira menjadi kalut..
“Eh..nanti..nanti..saya nak bagitahu ni..”Anira meninggikan sedikit suaranya.
Amar yang mendengar kata Anira, berpatah balik berjalan ke arah Anira.
“ Last chance..kalau tak cakap jugak, aku balik..”ugut Amar..
Anira mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju.
“Cepatlah…”suruh Amar.
Anira menarik nafasnya..
“Sebenarnya saya dah lama nak cakapkan hal ni kat awak..tapi saya mencari masa yang sesuai untuk bagitahu…dan saya rasa sekaranglah masa yang paling sesuai..”ujar Anira tanpa memandang Ammar.
“Teruskan….”Amar tenang mendengar.
“Okey…Mohd Amar Wazil…sebenarnya…sebenarnya saya dah lama sukakan awak..lama sangat dan suka sangat….saya pun tak tahu sejak bila perasaan suka tu muncul..tapi saya tahu perasaan tu dah lama ada..cuma saya tak berani nak meluahkan kat awak..Makin lama saya pendam perasaan ni, makin sakit rasanya…”terang Anira. Terasa seperti suhu badannya naik kerana terlampau malu.
Melihat Amar yang hanya mendiamkan diri, Anira pantas menyanbung….
“Saya ikhlas sukakan awak..betul..saya tak tipu..terpulang kat awak untuk menilai..saya sedar saya ni siapa….saya cuma anak petani ja..saya tak kaya macam awak…saya tak pandai macam awak..saya tak cantik macam perempuan yang lain….tolonglah Amar…saya betul-betul sukakan awak…”terang Anira sambil menahan rasa sebak.
Anira hanya memandang ke bawah tidak berani memandang Amar yang memandangnya tajam.
“Dah habis…”tanya Amar.
Anira mengganggukkan kepala.
“Terima kasih Anira sebab sukakan aku..tapi rasanya bukan kau sorang ja yang ada hati kat aku..ramai lagi perempuan yang sukakan aku..Cuma aku respect sebab kau berani luahkan perasaan kau tu..”ujar Amar.
“Aku mintak maaf Anira..rasanya kau pun tahu kan sebab kalau aku menolak cinta kau tu…kau yang beritahu sendiri tadi sebabnya…pendek kata tak setaraf….”kata Amar sombong.
Anira yang mendengar kata-kata Amar pantas mendongakkan kepalanya dan memandang tajam ke arah Amar..
“Apa maksud awak”
Amar tergelak kecil mendengar soalan Anira.
“Anira..Anira..rasanyalah kalau kau bagitahu perasaan kau nie kat lelaki lain pun aku rasa awal-awal lagi kau dah kena reject..”Amar tersenyum sinis.
Amar kelihatan kecil sahaja di mata Anira…Muka Anira berubah menjadi kelat..
“Kau pun tahu kan aku dah ada Syakilla..rasanya satu sekolah ni dah tahu..tapi tak tahu lah pulak kalau kau ni macam katak bawah tempurung..semua benda kau lambat tahu…”Amar sengaja menyakitkan hati Anira..
Anira hanya menundukkan kepala, malu untuk memandang Amar..
Amar yang melihat kebisuan Anira ligat mencari idea untuk menyakitkan hati Anira..
“Cuba kau ubah penampilan sikit..tirulah macam Syakilla awek aku tu…cantik..kemas..lembut..pandai bergaya… gerenti ramai lelaki suka kat kau…”ujar Amar memuji teman wanitanya..
Anira yang mendengar kata-kata Amar hanya mencebikkan mulut..Syakilla lembut?itu menggedik macam cacing adalah, bukan lembut..gumam Anira didalam hati…
“Ni tak…cuba kau cermin diri tu sikit…muka comot tak pandai nak guna mekap langsung…dressup tu cuba kemas sikit..selekeh betul aku tengok…dan lagi satu satu, perangai tu biarlah sopan dan sedap dipandang orang..aku tengok kau pun tak sedap dan tak manis..macam jantan..dahlah busuk..”kata Amar tanpa tidak menghiraukan perasaan Anira..
Mata Anira membulat memandang Amar, gayanya seperti marah akan kata-kata yang keluar dari mulut Amar..
Dia ni cakap ja lah tak boleh terima cinta aku..tak payah lah nak kritik-kritik aku mcam tu…macam lah Syakilla dia tu perfect sangat..entah-entah lagi busuk dari aku,si Amar ni ja yang kena santau..gumam Anira di dalam hati tidak berani ingin meluahkan rasa geramnya..
Reaksi Anira yang hanya mendiamkan diri walaupun dikritik, menimbulkan rasa ketidak puasan di hati Amar…
“Gaya kau memang macam ni ya..malang betul siapa yang dapat kawan comot lagi busuk serta berperangai macam jantan macam kau ni..mak bapak kau tak pernah ajar kau ke biar sopan sikit perangai tu…”ujar Amar sengaja bermain api..
Anira jelas terkejut dengan kata-kata Amar…Dia tidak sangka Amar yang dipujanya selama ini boleh berkata semedikian…perasaan sedih dan marah menyelubungi diri Anira…Anira merenung Amar dengan tajam sekali…
“Awak kalau nak marah saya ke, nak kritik saya ke, buatlah….tapi jangan sampai perkataan mak bapak keluar…faham..!!”kata Anira tegas memberi amaran kepada Amar..
Amar yang melihat reaksi Anira berasa seronok kerana berjaya membuat Anira marah kepadanya..
“Ada aku kisah….suka hati akulah nak cakap apa…memang betulkan..mak bapak kau memang tak tahu nak men…..”
“Diam……!!”jerit Anira membuatkan kata-kata Amar terhenti…
Nafas Anira turun naik menahan rasa marahnya terhadap Amar..Dia merenung tajam ke arah Amar, walaupun matanya sudah bergenang dengan air mata..
Amar kelihatan tenang walaupun Anira sedang merenungnya dengan tajam..
“Kau memang tak ada hati perasaan….sampai hati kau cakap macam tu”suara Anira kedengaran sayu…
Anira berusaha menahan rasa sebaknya walaupun air matanya sudah berlinang keluar…
“Amar….kau memang MONYET…..!!!”jerit Anira sekuat hati lalu pantas berlari meninggalkan Amar keseorangan.
Amar terpinga-pinga melihat Anira berlari meninggalkannya…
“Monyet….”bisik Amar tersenyum mengenangkan Anira...